SEKSYEN 2 : PERNYATAAN POLISI

  1. Menjamin tahap kebolehgunaan, kebolehpercayaan dan keselamatan fasiliti bagi menyokong aktiviti teras universiti seperti pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan kepada komuniti.
  2. Melaksanakan penyelenggaraan secara berkala dan terancang, termasuk penyelenggaraan pencegahan, pembetulan dan kecemasan untuk memastikan jangka hayat fasiliti dipanjangkan dan kos pembaikan tidak terkawal dapat dikurangkan.
  3. Mematuhi semua peraturan, akta dan piawaian berkaitan seperti Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Bekalan Elektrik 1990, Akta Perkhidmatan Bomba 1988, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 dan piawaian MS ISO 41001:2018.
  4. Meningkatkan keberkesanan pengurusan fasiliti secara berterusan, melalui pemantauan prestasi, penilaian risiko dan penglibatan semua pihak berkepentingan termasuk pengguna fasiliti, kakitangan teknikal, kontraktor dan pembekal.
  5. Menggalakkan budaya tanggungjawab bersama dalam menjaga kemudahan universiti, serta menyediakan saluran pelaporan kerosakan atau aduan fasiliti yang cekap dan responsif.
  6. UNIMEL komited menyediakan latihan dan pembangunan kemahiran berterusan kepada semua staf yang terlibat dalam pengurusan danpenyelenggaraan fasiliti untuk memastikan mereka mempunyai kompetensi dan pengetahuan terkini bagi melaksanakan tugas secara profesional.
  7. Semua kerja penyelenggaraan yang diserahkan kepada pihak ketiga hendaklah dijalankan oleh kontraktor atau pembekal yang berkelayakan dan berdaftar.
  8. Pengurusan kontrak akan dipantau secara teliti untuk memastikan kualiti kerja dan pematuhan kepada spesifikasi ditetapkan.