SEKSYEN 2 : PERNYATAAN POLISI
- Menjamin kesejahteraan dan keselesaan pengguna bangunan, termasuk pelajar, pensyarah, kakitangan dan pengunjung, dengan menyediakan persekitaran fizikal yang sihat dan terurus.
- Mencegah penularan penyakit dan risiko kesihatan awam melalui amalan kebersihan yang sistematik dan berjadual.
- Setiap ruang dalam bangunan universiti harus dijaga kebersihannya agar dapat menyediakan suasana yang sihat, selesa dan selamat bagi menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran, pentadbiran dan interaksi sosial.
- Menggalakkan budaya tanggungjawab bersama dalam kalangan warga UNIMEL untuk menjaga kebersihan bangunan dan kemudahan awam.
- Menyelaraskan peranan dan tanggungjawab semua pihak berkepentingan, termasuk unit penyelenggaraan, kontraktor pembersihan, penyewa bangunan dan pengguna akhir.
- Kerja-kerja pembersihan hendaklah dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan dengan kaedah yang sistematik dan efisien untuk memastikan kebersihan bangunan dikekalkan sepanjang masa.
- Kegagalan mematuhi polisi ini termasuk membuang sampah merata, vandalisme, dan menyebabkan kekotoran di dalam bangunan boleh dikenakan surat amaran dan denda dalaman.