Bahagian Pengurusan Fasiliti bertanggungjawab merancang, mengurus dan menyelia pembangunan infrastruktur serta penyelenggaraan fasiliti universiti. Bahagian ini memastikan setiap projek dan operasi penyelenggaraan dilaksanakan secara teratur, mematuhi piawaian teknikal, serta menyokong keperluan akademik dan pentadbiran.
Dengan penekanan kepada kecekapan, keselamatan dan kelestarian, bahagian ini komited menyediakan persekitaran kampus yang berfungsi, kondusif dan selamat bagi seluruh warga UNIMEL. Pendekatan profesional dan berasaskan data menjadi asas dalam memastikan pengurusan fasiliti yang berintegriti, cekap dan berimpak.
OBJEKTIF
1. Melaksanakan pembangunan fasiliti secara terancang, mengikut bajet dan piawaian.
2. Memastikan penyelenggaraan proaktif bagi menjamin operasi kampus yang lancar.
3. Mematuhi standard keselamatan dan meningkatkan kebolehgunaan semua fasiliti.
4. Mengoptimumkan pengurusan aset dan kecekapan penggunaan sumber.
5. Menyampaikan perkhidmatan yang profesional, telus dan berfokuskan pelanggan dalaman.