SEKSYEN 2 : PERNYATAAN POLISI
- Menjamin tahap kebolehgunaan, kebolehpercayaan dan keselamatan fasiliti bagi menyokong aktiviti teras universiti seperti pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan kepada komuniti.
- Melaksanakan penyelenggaraan secara berkala dan terancang, termasuk penyelenggaraan pencegahan, pembetulan dan kecemasan untuk memastikan jangka hayat fasiliti dipanjangkan dan kos pembaikan tidak terkawal dapat dikurangkan.
- Mematuhi semua peraturan, akta dan piawaian berkaitan seperti Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Bekalan Elektrik 1990, Akta Perkhidmatan Bomba 1988, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 dan piawaian MS ISO 41001:2018.
- Meningkatkan keberkesanan pengurusan fasiliti secara berterusan, melalui pemantauan prestasi, penilaian risiko dan penglibatan semua pihak berkepentingan termasuk pengguna fasiliti, kakitangan teknikal, kontraktor dan pembekal.
- Menggalakkan budaya tanggungjawab bersama dalam menjaga kemudahan universiti, serta menyediakan saluran pelaporan kerosakan atau aduan fasiliti yang cekap dan responsif.
- UNIMEL komited menyediakan latihan dan pembangunan kemahiran berterusan kepada semua staf yang terlibat dalam pengurusan danpenyelenggaraan fasiliti untuk memastikan mereka mempunyai kompetensi dan pengetahuan terkini bagi melaksanakan tugas secara profesional.
- Semua kerja penyelenggaraan yang diserahkan kepada pihak ketiga hendaklah dijalankan oleh kontraktor atau pembekal yang berkelayakan dan berdaftar.
- Pengurusan kontrak akan dipantau secara teliti untuk memastikan kualiti kerja dan pematuhan kepada spesifikasi ditetapkan.