PENGGGUNAAN AUDITORIUM UNIMEL BAGI PELAJAR DAN KAKITANGAN
PENGENALAN
Garis panduan ini bertujuan untuk memastikan penggunaan auditorium UNIMEL dilakukan secara
teratur, terancang, dan selamat bagi semua pihak. Auditorium UNIMEL boleh digunakan oleh pelajar
dan kakitangan untuk pelbagai aktiviti termasuk acara akademik, kokurikulum, dan program
universiti.

KELAYAKAN PENGGUNA
1. Pelajar dan Kakitangan UNIMEL: Penggunaan auditorium adalah terbuka kepada pelajar dan kakitangan UNIMEL untuk aktiviti berkaitan universiti.
2. Orang Awam: Orang awam boleh menggunakan auditorium UNIMEL dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. Penggunaan oleh orang awam mestilah berasaskan permohonan yang diluluskan dan hendaklah mematuhi syarat-syarat penggunaan yang ditetapkan.
Aktiviti: Program yang dianjurkan mesti berkaitan dengan aktiviti universiti atau yang mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan UNIMEL.

PROSEDUR PERMOHONAN
1. Permohonan untuk menggunakan auditorium perlu dibuat dengan mengisi borang permohonan.
2. Borang permohonan penggunaan auditorium perlu diserahkan bersama-sama tentatif
program/aktiviti dalam tempoh TIGA (3) hari bagi program/aktiviti rasmi UNIMEL, TUJUH
(7) hari bagi program/aktiviti pelajar dan EMPAT BELAS (14) hari bagi permohonan
daripada pihak luar.
3. Keutamaan diberikan kepada aktiviti akademik dan rasmi UNIMEL.
4. Permohonan yang diterima akan disemak dan disahkan oleh pihak pentadbiran.
5. Hanya dibenarkan untuk program/aktiviti pelajar yang dikendalikan bersama atau diluluskan
oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) sahaja.
6. Pelajar akan dikenakan CAGARAN KEBERSIHAN SEBANYAK RM100.

SYARAT PENGGUNAAN
TANGGUNGJAWAB UNIMEL
1. Menyediakan keperluan teknikal iaitu sistem lampu, sistem bunyi dan penyaman udara.
2. Menempatkan seorang juruteknik untuk bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan dan
penyeliaan peralatan teknikal milik UNIMEL sahaja.
3. UNIMEL berhak untuk mengambil gambar atau membuat rakaman audio visual untuk tujuan
simpanan dan dokumentasi rasmi universiti, yang tidak akan digunakan untuk tujuan
komersial.
4. UNIMEL tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan peralatan, props, atau barang teknikal
milik pengguna yang disimpan di dalam kawasan auditorium, sekiranya berlaku kehilangan
atau kerosakan.

5. UNIMEL tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan yang berlaku ke atas mana-
mana pihak yang terlibat sepanjang tempoh penggunaan auditorium.
6. UNIMEL tidak menyediakan pekerja untuk membantu persiapan pihak pengguna sebelum
atau selepas acara berlangsung.
7. UNIMEL berhak membatalkan tempahan sekiranya pihak pengguna didapati gagal mematuhi
peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan, dan tidak akan membayar sebarang ganti
rugi.
8. UNIMEL tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang berlaku akibat
kerosakan peralatan, kegagalan bekalan elektrik, kebakaran, atau kejadian semulajadi lain
yang boleh menyebabkan pembatalan atau penutupan penggunaan auditorium.
9. UNIMEL bertanggungjawab untuk memberi makluman awal kepada pengguna sekiranya
terdapat sebarang perubahan atau penjadualan semula penggunaan auditorium. Sebarang
pembatalan atau perubahan jadual akan dimaklumkan kepada pengguna dalam tempoh yang
sesuai.

TANGGUNGJAWAB PENGGUNA
1. Pengguna bertanggungjawab untuk memastikan penggunaan semua peralatan dan kemudahan
milik UNIMEL dilakukan dengan cermat dan berhemah. Sekiranya berlaku kerosakan atau
kehilangan akibat kecuaian pengguna, UNIMEL berhak untuk menuntut gantirugi.
2. Pengguna bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan di semua kawasan atau ruang yang
digunakan sepanjang tempoh penggunaan.
3. Pengguna tidak dibenarkan untuk menampal atau melekatkan bahan-bahan seperti banner,
backdrop, kain rentang, sepanduk, atau gambar di mana-mana bahagian dinding atau cermin
bangunan.
4. Untuk aktiviti yang melibatkan persembahan, pengguna diwajibkan untuk menyediakan
pasukan teknikal mereka sendiri. UNIMEL hanya akan menyediakan juruteknik sebagai
penyelia peralatan dan ruang yang digunakan.
5. Pengguna bertanggungjawab untuk mengeluarkan segala peralatan persendirian, termasuk
props, set, dan barangan kepunyaan mereka, daripada dalam atau sekitar auditorium selepas
tamat penggunaan.
6. Pengguna perlu memastikan penggunaan ruang auditorium dilakukan mengikut waktu yang
telah ditetapkan. Sekiranya berlaku sebarang perubahan dalam jadual, pengguna hendaklah
memaklumkan kepada pihak pengurusan sekurang-kurangnya TIGA (3) hari sebelum acara
bermula.
7. Pengguna bertanggungjawab untuk memastikan semua peserta mematuhi peraturan
keselamatan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan auditorium. Ini termasuklah peraturan
mengenai laluan kecemasan, penggunaan alat pemadam api, dan pematuhan kepada undang-
undang keselamatan yang relevan.
8. Pengguna dikehendaki mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada pihak pengurusan
jika ingin membawa masuk bahan atau peralatan yang berisiko, seperti peralatan elektrik
berlebihan, bahan mudah terbakar, atau peralatan besar yang memerlukan ruang tambahan.
9. Pengguna perlu memastikan semua peralatan teknikal yang digunakan, seperti mikrofon,
projektor, dan sistem audio, dimatikan atau disimpan dengan selamat selepas acara selesai.
10. Pengguna hendaklah memastikan sebarang pemasangan atau pembongkaran peralatan
dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan, dan tidak mengganggu aktiviti lain yang mungkin
berlangsung di ruang sekitarnya.
11. Sekiranya berlaku sebarang kecemasan atau kejadian tidak diingini semasa penggunaan
auditorium, pengguna bertanggungjawab untuk segera menghubungi pihak keselamatan atau
pengurusan.

12. Pengguna perlu mengikut kod etika dan adab yang sesuai ketika menggunakan auditorium,
bagi memastikan suasana yang kondusif dan menghormati hak serta privasi pengguna lain.

SYARAT UMUM
1. Merokok adalah dilarang di dalam dan sekitar kawasan auditorium.
2. Penggunaan alkohol, dadah, atau bahan terlarang adalah dilarang.
3. Pengguna tidak dibenarkan mengganggu ketenteraman semasa penggunaan auditorium.
Aktiviti yang mengganggu atau bising akan dibatalkan.
4. Pengguna tidak dibenarkan untuk merosakkan atau mengubah suai peralatan yang disediakan
oleh pihak UNIMEL.
5. Aktiviti yang dijalankan oleh pihak pengguna hendaklah :

a. tidak bertentangan dengan undang-undang Negara, perlembagaan dan peraturan UNIMEL.
b. tidak melibatkan isu-isu sensitive seperti politik, perkauman atau agama.
c. tidak mencemarkan imej dan nama UNIMEL.

WAKTU PENGGUNAAN
Waktu penggunaan auditorium adalah seperti berikut:
Isnin – Jumaat : 8.00 pagi – 10.00 malam
Sabtu : 8.00 pagi – 5.00 petang
Ahad : 8.00 pagi – 5.00 petang

PENUTUP
Garis panduan ini adalah untuk memastikan penggunaan auditorium UNIMEL berjalan dengan lancar
dan memberi manfaat kepada semua pengguna. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh
diajukan kepada pihak Unit Pembangunan Fasiliti melalui saluran yang disediakan.